Sunday 22 January 2017

PERATURAN MATAKU TAHFIZ

1. Lewat seminit selepas jam 6 petang waktu cuti 3 hari 2 malam ( hujung bulan ) bayaran denda sebanyak RM 10.00 dan cuti panjang bayaran denda RM 50.00

2. Jika peralatan madrasah MATAKU TAHFIZ rosak disebabkan pelajar diminta GANTI SEMULA dengan barangan tersebut atau digantikan dengan wang seperti harga barangan tersebut

3. Baju akan dirampas selepas jam 9 pagi setiap hari. Jika tidak dijemur lagi atau berkepam terperap dalam baldi ( sehingga busuk ) akan dikenakan denda bayaran mengikut jumlah di bawah dan duit tersebut akan dimasukkan dalam tabung madrasah untuk kegunaan madrasah.

      a : Baju muslimah : RM 2.00 sehelai
      b : Seluar               : RM 2.00 sehelai
      c : Tuala                 : RM 3.00 sehelai
      d : Tudung             : RM 2.00 sehelai
      e : Pakaian dalam  : RM 1.00 sehelai
      f : Baldi                 : RM 1.00

4. Jika ingin berpindah bila masuk bulan baru bayaran RM 11.70 sehari sampailah pelajar tersebut berhenti pada tarikh yang telah ditetapakan oleh keluarganya. Ibu bapa atau penjaga diminta jelaskan bayaran yuran mengikut hari, Kerana anak anda mengambil hak yuran pelajar lain untuk menampung yuran anak anda yang belum dibayar

5. Duit pendaftaran tidak akan dikembalikan semula

6. Segala pembaharuan peraturan tentang madrasah MATAKU TAHFIZ ibu bapa atau penjaga dan pelajar harus mempersetujui selagi tidak melanggar hukum syarak sepertimana semua telah mendatangani dalam "kertas AKU JANJI" kepada MATAKU TAHFIZ.

7. Jika pelajar tidak tutup suis lampu, kipas dan air ( membazir ) pelajar dikehendaki bayar RM 5.00 bagi 1 kesalahan, walaupun kertas amaran telah ditulis

8. Selepas 3 bulan tidak membayar yuran sebanyak RM 1050, Bulan ke- 4 pelajar akan digantung sekolah sementara waktu sehingga yuran tersebut dijelaskan sehingga habis barulah dimasukkan semula ke MATAKU TAHFIZ


GARIS PANDUAN BAGI IBUBAPA / PENJAGA PELAJAR

Selain dari guru, ibubapa dan penjaga memainkan peranan yang utama dalam pembetukan sahsiah dan akhlak pelajart adalah garis panduan am bagi para ibubapa dan penjaga pelajar MADRASAH ALIYYAH TAHFIZ AL-QURAN KASYIFUL ULOOM




  • AKHLAK PELAJAR : Para ibubapa / penjaga perlu menunjukkan keperihatinan mendalam terhadap kelakuan dan akhlak pelajar serta mengambil peranan aktif didalam pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar tersebut 
  • PRESTASI PELAJAR :Para ibubapa / penjaga perlu sentiasa prihatin terhadap prestasi pelajar dan memberikan semangat serta bantuan dalam menghadapi pembelajaran mereka 
  • AKTIVITI MASA CUTI : Semasa cuti para ibubapa / penjaga perlu memantau kesinambungan kelakuan dan prestasi pelajar di rumah dengan memastikan mereka sentiasa mengulang hafazan Al-Quran secara istiqamah setiap hari
  • KESINAMBUNGAN DISIPLIN : Para ibubapa / penjaga perlu memantau cara berpakaian , pergaulan , percakapan dan akhlak pelajar semasa berada dirumah sentiasa berada dalam batas batas telah ditetapkan Syariat supaya keterampilan pelajar sebagai seorang penuntut ilmu Islam terjaga 
  • HARTA BENDA MADRASAH : Para ibubapa / penjaga mempunyai tanggungjawab penuh terhadap sebarang kerosakkan hartabenda MATAKU TAHFIZ ,harta benda pelajar dibawah jagaan penjaga 

Hak Madrasah Mendisiplinkan Pelajar : Para ibubapa / penjaga perlu arif bahawa pihak MATAKU TAHFIZ mempunyai hak tertentu untuk mendisiplinkan pelajar sebagai usaha dan ikhtiar untuk memastikan matlamat target hafalan tercapai bersama. Oleh itu para ibubapa / penjaga diminta agar tidak merendah-rendahkan usaha MATAKU TAHFIZ ke arah ini, terutama sekali ketika di hadapan pelajar. Sebarang rasa tidak puas hati bolehlah berbincang secara sulit dengan pihak MATAKU TAHFIZ 

No comments:

Post a Comment