Wednesday 25 January 2017

AKTIVITI MENJAHIT

Minggu nie punya aktiviti di MATAKU tahfiz..belajar menjahit...
instagram : MADRASAH_MATAKU_TAHFIZ




Insyaallah next project Pihak Mataku akan melancarkan bantal hiasan comel jualan amal untuk dana Mataku Tahfiz . Sila follow instagram feltvanilla_mataku . Hasil jualan ini akan di masukkan dalam tabung Madrasah untuk dapat menambahkan lagi dana Pembangunan Madrasah dan  Pembelian Pengangkutan Madrasah Mataku Tahfiz.. 



JADUAL WAKTU MATAKU TAHFIZ

HARI ISNIN HINGGA JUMAAT


4:15 - BANGUN , MANDI , SOLAT TAHAJUD , TAUBAT , HAJAT 

5: 00 - KELAS PELANCAR SABA' ( HALAMAN MUKA SURAT BARU 1 MUKA PERLU DI HAFAL )

6:00 - SOLAT SUBUH BERJEMAAH , YASSIN , ZIKIR 300 PAGI 

6:30 - KELAS SABA' 

8:15 - TALK KEBESARAN ALLAH , ADAB

8:25 - SOLAT DHUHA 4 RAKAAT 

9:00 - KELAS MUKHTAR ( ULANGAN 1 JUZ BELAKANG SABAKI )

11:30 -  KELAS HAFAZAN HADITH 

12:00 - TIDUR QAILULLAH 

1:00 - BANGUN , SOLAT ZOHOR BERJEMAAH 

1:30 - MAKAN TENGAH HARI 

2:00 - KELAS SABAKI ( ULANGAN 1/2 JUZU BELAKANG SABA)

4:30 - KELAS HADITH

4:45 - SOLAT ASAR BERJEMAAH

5:00 - TAKLEEM KITABI , 300 ZIKIR PETANG 

5:20 - KHIDMAT INFRADI , RIADAH 

6:00 - MANDI 

6:30 - MAKAN MALAM 

6:55 - BACAAN MANZIL 

7:15 - SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH 

7:35 - KELAS PELANCAR SABAKI / MUKHTAR 

9:00 - SOLAT ISYA' BERJEMAAH 

9:15 - TAKLEEM KISAH RASULULLAH DAN SAHABAT  DAN TALK HADITH

9:35 - KELAS PELANCAR MUKHTAR / SABAKI

10:15 - BACA 3 SURAH , AL - MULK , AS-SAJDAH DAN AL - WAQIAH

10:30 - SUPPER , GOSOK GIGI 

10:45 - PERSIAPAN TIDO , BUAT ADAB TIDO 

10:50 - TUTUP LAMPU ,  TIDO


#ISNIN DAN KHAMIS WAJIB BERPUASA SUNAT 
#SUBJEK B.I DAN B.ARAB KELAS HARI SABTU PAGI HINGGA ZOHOR ( MINGGU 1 DAN 3 ) 

Sunday 22 January 2017

PERATURAN MATAKU TAHFIZ

1. Lewat seminit selepas jam 6 petang waktu cuti 3 hari 2 malam ( hujung bulan ) bayaran denda sebanyak RM 10.00 dan cuti panjang bayaran denda RM 50.00

2. Jika peralatan madrasah MATAKU TAHFIZ rosak disebabkan pelajar diminta GANTI SEMULA dengan barangan tersebut atau digantikan dengan wang seperti harga barangan tersebut

3. Baju akan dirampas selepas jam 9 pagi setiap hari. Jika tidak dijemur lagi atau berkepam terperap dalam baldi ( sehingga busuk ) akan dikenakan denda bayaran mengikut jumlah di bawah dan duit tersebut akan dimasukkan dalam tabung madrasah untuk kegunaan madrasah.

      a : Baju muslimah : RM 2.00 sehelai
      b : Seluar               : RM 2.00 sehelai
      c : Tuala                 : RM 3.00 sehelai
      d : Tudung             : RM 2.00 sehelai
      e : Pakaian dalam  : RM 1.00 sehelai
      f : Baldi                 : RM 1.00

4. Jika ingin berpindah bila masuk bulan baru bayaran RM 11.70 sehari sampailah pelajar tersebut berhenti pada tarikh yang telah ditetapakan oleh keluarganya. Ibu bapa atau penjaga diminta jelaskan bayaran yuran mengikut hari, Kerana anak anda mengambil hak yuran pelajar lain untuk menampung yuran anak anda yang belum dibayar

5. Duit pendaftaran tidak akan dikembalikan semula

6. Segala pembaharuan peraturan tentang madrasah MATAKU TAHFIZ ibu bapa atau penjaga dan pelajar harus mempersetujui selagi tidak melanggar hukum syarak sepertimana semua telah mendatangani dalam "kertas AKU JANJI" kepada MATAKU TAHFIZ.

7. Jika pelajar tidak tutup suis lampu, kipas dan air ( membazir ) pelajar dikehendaki bayar RM 5.00 bagi 1 kesalahan, walaupun kertas amaran telah ditulis

8. Selepas 3 bulan tidak membayar yuran sebanyak RM 1050, Bulan ke- 4 pelajar akan digantung sekolah sementara waktu sehingga yuran tersebut dijelaskan sehingga habis barulah dimasukkan semula ke MATAKU TAHFIZ


GARIS PANDUAN BAGI IBUBAPA / PENJAGA PELAJAR

Selain dari guru, ibubapa dan penjaga memainkan peranan yang utama dalam pembetukan sahsiah dan akhlak pelajart adalah garis panduan am bagi para ibubapa dan penjaga pelajar MADRASAH ALIYYAH TAHFIZ AL-QURAN KASYIFUL ULOOM




  • AKHLAK PELAJAR : Para ibubapa / penjaga perlu menunjukkan keperihatinan mendalam terhadap kelakuan dan akhlak pelajar serta mengambil peranan aktif didalam pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar tersebut 
  • PRESTASI PELAJAR :Para ibubapa / penjaga perlu sentiasa prihatin terhadap prestasi pelajar dan memberikan semangat serta bantuan dalam menghadapi pembelajaran mereka 
  • AKTIVITI MASA CUTI : Semasa cuti para ibubapa / penjaga perlu memantau kesinambungan kelakuan dan prestasi pelajar di rumah dengan memastikan mereka sentiasa mengulang hafazan Al-Quran secara istiqamah setiap hari
  • KESINAMBUNGAN DISIPLIN : Para ibubapa / penjaga perlu memantau cara berpakaian , pergaulan , percakapan dan akhlak pelajar semasa berada dirumah sentiasa berada dalam batas batas telah ditetapkan Syariat supaya keterampilan pelajar sebagai seorang penuntut ilmu Islam terjaga 
  • HARTA BENDA MADRASAH : Para ibubapa / penjaga mempunyai tanggungjawab penuh terhadap sebarang kerosakkan hartabenda MATAKU TAHFIZ ,harta benda pelajar dibawah jagaan penjaga 

Hak Madrasah Mendisiplinkan Pelajar : Para ibubapa / penjaga perlu arif bahawa pihak MATAKU TAHFIZ mempunyai hak tertentu untuk mendisiplinkan pelajar sebagai usaha dan ikhtiar untuk memastikan matlamat target hafalan tercapai bersama. Oleh itu para ibubapa / penjaga diminta agar tidak merendah-rendahkan usaha MATAKU TAHFIZ ke arah ini, terutama sekali ketika di hadapan pelajar. Sebarang rasa tidak puas hati bolehlah berbincang secara sulit dengan pihak MATAKU TAHFIZ 

TATATERTIB PELAJAR DIMADRASAH MATAKU TAHFIZ



1. Dilarang merosakkan mana mana harta benda pihak MATAKU TAHFIZ

2. Dilarang bergaduh atau membuli mana mana pelajar MATAKU TAHFIZ yang lain. Jika ada pelajar tersebut akan di kenakan tindakan segera

3. Tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan orang luar terutama kaum AJNABI (lelaki)

4. Pelajar wajib menghormati semua kakitangan MATAKU TAHFIZ termasuk para pelawat dan tetamu

5. Dilarang mengacau , mengejek , mengkritik atau pembuatan seumpanya terhadap masyarakat sekitar Madrasah MATAKU TAHFIZ

6. Pelajar perlu usaha untuk capai target yang telah ditetapakan oleh MATAKU TAHFIZ : 
   
     a. Tahun pertama - 10 juz'
     b. Tahun kedua - 20 juz'
     c. Tahun ketiga - 30 juz'


BARANG LARANGAN 

1. Mp3,MP4 dan seumpanya
2. Potogambar, album dan camera
3. Laptop
4. Radio
5. Psp dan seumpanya 
6. Handphone, simkad, topup dan seumpanya
7. Peralatan tajam dan senjata bahaya
8. Barang kemas 
9. Majalah merosakkan minda 
10. Makanan yang melemahkan minda
11. Pakaian yang menjolok mata dan tidak sesuai

Barang larangan yang dirampas oleh pihak MATAKU TAHFIZ akan dikembalikan semula setelah KHATAM atau pindah. Jika mana mana pelajar didapati melakukan kesilapan pihak MATAKU berhak mengambil tindakan tegas. Bagi kesalahan pertama, pihak MATAKU akan menasihati amaran keras. Bagi kesalahan kedua, pihak MATAKU TAHFIZ berhak memanggil ibu bapa atau penjaga pelajar yang terlibat bagi berjumpa pihak MATAKU TAHFIZ. Untuk kesalahan ketiga, pihak MATAKU TAHFIZ berhak mengambil langkah disiplin tertentu dan kesalahan seterusnya akan membawa kepada pemberhentian pelajar yang terbabit. 

PERATURAN DAN DISIPLIN

TATATERTIB PAKAIAN MADRRASAH

1. Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam pada waktu belajar dan pada program rasmi

2. Pelajar tidak dibenarkan pakai jubah warna lain selaian pakaian seragam madrasah untuk acara rasmi

3. Pelajar tidak dibenarkan bermekup pada waktu kelas dan program rasmi


CUTI DAN KELUAR MASUK PELAJAR

1. Tidak dibenarkan keluar tanpa izin pihak MATAKU TAHFIZ tanpa izin Pihak MATAKU TAHFIZ sama ada dengan keluarga atau saudara yang datang menjemput

2. Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam MATAKU TAHFIZ apabila pulang bercuti dan datang semula dari bercuti mahupun keluar dengan keluarga (outing)


RUTIN HARIAN

1. Semua pelajar mesti patuh pada jadual harian MATAKU TAHFIZ dan arahan guru / asatizah

2. Semua pelajar mesti berada dalam kelas 7 minit sebelum kelas bermula

3. Semua pelajar diwajibkan mandi pagi sebelum subuh dan mandi petang sebelum maghrib

4. Semua pelajar diwajibkan makan makanan madrasah 4 kali sehari

5. Semua pelajar wajib berpuasa sunat Isnin dan Khamis

6. Setiap pelajar mesti buat tugas sepertimana dijadualkan tanpa membantah



TATATERTIB DAN SYARAT SYARAT KEMASUKAN PELAJAR



1. PIHAK MATAKU hanya menerima pelajar-pelajar perempuan sahaja dalam umur 7 tahun hingga 24 tahun sahaja

2. Pelajar dan ibu bapa atau penjaga perlu bersedia mematuhi peraturan-peraturan ketat pihak MATAKU TAHFIZ

3. Berminat bukan dipaksa

4. Bersedia untuk ditarbiah

5. Bebas dari TEMAN LELAKI

6. Matlamat diri nak khatam 30 juz dan syahadah


CARA CARA PENDAFTARAN

1. Isi borang pendaftaran

2. Bawa satu helai salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga salah satu di antaranya

3. Bawa satu helai salinan kad pengenalan atau surat beranak pelajar

4. 4 Keping Gambar ukuran pasport ( tudung biru tua atau hitam)


PERSEDIAAN IBU BAPA ATAU PENJAGA DAN CUTI MADRASAH

1. Bersedia berpisah dengan anak jagaan sepanjang tempoh pengajian

2. Ibu bapa boleh ziarah anak pada setiap minggu atau minggu kedua ( outing ) selepas solat zuhur hingga jam 6 petang

3. Cuti Rasmi hanya 4 kali setahun
   a : Cuti raya aidilfitri
   b : Cuti raya aidiladha
   c : Cuti penggal pertama bulan 3
   d : Cuti penggal akhir bulan 11

4. Cuti KHAS atau kecemasan 3 hari 2 malam untuk pelajar jauh dan 2 hari 1 malam untuk pelajar dekat.Cuti kematian boleh tunjuk bukti surat kematian

5. Cuti Sakit mengikut surat M/C doktor bagi dan tunjuk bukti surat kepada PIHAK MATAKU TAHFIZ

6. Cuti kenduri kahwin hanya dibenarkan makan kenduri sahaja dan terus pulang ke madrasah.Tiada bermalam di mana-mana

7.  Pelajar MATAKU TAHFIZ dibenarkan pulang ke rumah pada minggu ke- 4 selama 3 hari 2 malam bermula hari jumaat selepas solat zuhur dan datang semula hari ahad selepas zuhur sebelum jam 6 petamg.







Saturday 21 January 2017

SYARAT KEMASUKKAN PELAJAR BARU

Syarat2 kemasukkan Madrasah Aliyyah Al-Quran Kashiful Uloom.
* umur 11 - 24 tahun
* BERMINAT bukan dipaksa

* bersedia patuh peraturan madrasah
* bersedia ditarbiahkan
* tiada masalah disiplin di madrsh lama
* perwatakan baik
* matlamat nak khatam 30 juzu' Dan syahadah
* tiada hubungan TEMAN LELAKI
Tempoh percubaan pelajar selama 6 bulan..
Jika dapati tidak bersungguh mengaji Dan banyak timbulkan masalah dimadrasah oleh pelajar .Pihak Mataku akan buang serta-merta pelajar tersebut selepas 2 Kali amaran.
Kerjasama ibubapa amat diambil berat oleh Pihak Mataku untuk lahirkan pelajar yang berkualiti.